Kajian ini merupakan satu kajian mengenai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran terhadap sejarah teori kedatangan Islam di kalangan pelajar Politeknik Nilai, Negeri Sembilan (PNS). Berdasarkan tujuan kajian di atas, bab ini akan membincangkan mengenai reka bentuk kajian, responden kajian, alat kajian, tatacara pengumpulan data dan penganalisa data.
REKA BENTUK KAJIAN
l Kajian ini adalah berbentuk kaedah campuran yang melibatkan rujukan di pusat sumber serta menggunakan kaedah lapangan iaitu kaedah kuantitatif. Rujukan di pusat sumber ini melibatkan dua kaedah iaitu melalui rujukan-rujukan ilmiah serta penggunaan laman sosial. Kaedah kuantitatif pula melibatkan para pelajar PNS yang terdiri daripada Jabatan Agroteknologi dan Bio- industri (JAB), JAbatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM) dan Jabatan Perdagangan (JP).
SAMPEL KAJIAN
l Sampel kajian adalah terdiri daripada 30 pelajar daripada jabatan yang terdapat di PNS. Kesemua sampel yang dipilih telah mempunyai pengetahuan sedia ada tentang teori kedatangan Islam ke Tanah Melayu. Daripada 30 orang pelajar, terdapat tiga kelas yang berlainan jabatan iaitu kelas DEM 1A,DBT 1B dan DIB 1A. Manakala setiap kelas mewakili 10 orang sahaja untuk menjawab borang soal selidik.
INSTRUMEN KAJIAN
l Satu instrumen kajian akan digunakan dalam kajian ini. Ia merupakan satu set soalan yang mengandungi 15 soalan mengenai tajuk yang dikaji. Soalan ini akan memberikan mengenai teori kedatangan islam ke Tanah Melayu. Keputusan ini akan digunakan untuk pengumpulan data dan penganalisaan data. Jantina pelajar yang terlibat adalah umum dan diberi tempoh selama 10 minit. Soal selidik ini digunakan untuk menilai pendapat mereka terhadap teori kedatangan islam ke Tanah Melayu.
PROSEDUR PENGUMPULAN DATA
l Pengumpulan data akan dijalankan oleh penyelidik di dalam tiga kelas yang berbeza jabatan. Hanya 30 pelajar daripada jabatan yang terlibat akan menjawab borang soal selidik tersebut.Setiap jabatan akan diwakili daripada 10 orang pelajar daripada kelas yang berlainan. Di samping itu, soal selidik juga akan dijalankan untuk mengetahui sejauh mana pelajar PNS terhadap sejarah kedatangan islam ke Tanah Melayu. Data yang dikumpul dari instrumen kajian akan dianalisa dengan mencari peratus manakala graf akan dihasilkan berdasarkan data yang telah diambil.
RINGKASAN
l kajian ini akan menggunakan kaedah campuran kerana ingin mengkaji sejauh mana pelajar memahami sejarah kedatangan Islam ini. Di samping itu, dapatan daripada soal selidik semasa sesi intervensi di kelas tersebut dapat menentukan tentang minat, motivasi dan sikap pelajar terhadap sejarah teori kedatangan Islam ke Tanah Melayu.
No comments:
Post a Comment